Tuesday, 29 December 2015

When Im Pregnant!


Bagi mereka yang masih menunggu untuk mendapatkan cahaya mata, pasti pelbagai cara akan terlintas di fikiran. Bagaimanakan reaksi aku jika aku mengandung? Bagaimanakan reaksi suamiku jika aku mengandung? Bagaimanakan caranya untuk aku beritahu suami ku jika aku mengandung? Bagaimana harusku hebahkan kepada keluargaku?

Pelbagai cara sudah aku bayangkan. Jika ianya pada hari bekerja, aku bayangkan yang aku akan 'surprise' kan dia pada lunch time, buat2 untuk makan lunch bersama, dan surprise dia pada ketika itu, hurm... terbayang-bayang reaksi aku dan dia pada ketika itu. Tapi semuanya itu pasti akan berbeza pada hari engkau betul-betul disahkan mengandung...


Tapi apa-apa pun semua Allah yang tentukan... bagi yang masih belum mendapat cahaya mata, bersabarlah. Kerana sabar menyebabkan ianya terlalu istimewa.








Wednesday, 9 December 2015

Kari Ayam Hijau


SHOE CRAZIEST SALES!!!! Super CRAZY promotion!!!!


WOW! YES is coming again! Seriously BEST PRICE!!!, ONLY from LAZADA!



http://ho.lazada.com.my/SHEVln

Click on the link above to find the shoes that you desire! Hurry!



Monday, 30 November 2015

Daging Masak Merah Ala Thai


Gunung Jerai






Gunung Jerai ini juga dikenali dengan nama Puncak Kedah dan ianya terletak di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya gunung ini pula adalah setinggi 2,107 meter.

Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah olehSang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Gunung Jerai, Kedah boleh saya katakan gunung jerai adalah pilihan terbaik, kerana lokasi dan suasananya yang cukup tenang dan berkabus dengan kos percutian yang agak rendah. Ia adalah salah satu destinasi perlancongan terbaik dan amat menarik di utara tanah air yang kita tidak ssedari. Okay, seperti kedinginan di Cameron Highlands dan Genting Highlands, suhu di Gunung Jerai ini pernah mencatatkan suhu serendah 17' Celsius, hurmm sejuk tu.. Oleh itu, ini akan membuatkan percutian keluarga memang berbaloi bagi yang mencari kedamaian dan ingin melihat keindahan alam.

Untuk bermalam di sini pula, terdapat sebuah hotel yang dikendalikan oleh The Regency Jerai Hill Resort yang menyediakan 75 bilik perbagai saiz dan harga yang diindahkan dengan dekorasi tersendiri, gabungan chalet diluar dan dalamannya umpama hotel mewah.

Ketika mula menjejak kaki selepas menyelusuri laluan berliku-liku sejauh 12 kilometer mendaki lereng gunung selama 30 minit, saya melihat bangunan utamanya seperti sebuah bangunan kolonial British lama yang telah diubahsuai membuatkan hati tidak sabar untuk menjengah ke  The Regency Jerai Hill Resort.

The Regency Jerai Hill Resort menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pengunjungnya ketika bercuti di Gunung Jerai. Antaranya pakej bilik istimewa berkonsepkan percutian keluarga serta kemudahan aktiviti luar seperti tempat BBQ dan taman permainan yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. Mereka juga menawarkan pelbagai aktiviti luar seperti abseiling, jungle trekking dan pakej team building serta kemudahan bilik seminar yang menjadi tarikan kepada jabatan kerajaan dan agensi swasta. Bagi pecinta flora dan fauna, kesempatan ini sewajarnya digunakan ketika meneroka Gunung Jerai dan terdapat hampir 500 gua.


Sempena musin cuti sekolah ini, jadikan Gunung Jerai sebagai salah satu destinasi percutian anda. 

The Regency

The Regency


The Regency