Wednesday, 18 November 2015

TRIP TO BALI

“Trip” ke Bali Indonesia….





Trip ke Bali Indonesia ini adalah trip kali pertama saya dan suami ke luar Negara sebagai suami isteri. Boleh kata 3rd honeymoon lah. Sebab 1st “honeymoon” kat Pulau Tioman sahaja. SunBeach Resort..  dah dua kali saya pergi resort ni.. okay sangat, dan resort ni dah bertambah besar, bilik pun dah bertambah. Walaupun hanya di Pulau Tioman sahaja, tapi best okay… sebab kat pulau tioman ini lah saya belajar snorkeling… hahahha.. lawak sangat. Instructor tu tengok saya dia dah tahu saya tidak pandai berenang, panic semacam saja muka saya. Dia duk tengok saya pegang handle tangga kat speed bot tu. Apa lagi sekali petir berbunyi begini “kaki tu kayuh jangan keras saja”. Saya pun pelik… hah! kayuh??? Kayuh??? Cam mana nak kayuh??? Saya pun buat ala-ala naik basikal.. kayuh dan kayuh…. Waaaa!!!! Saya ber-snorkeling lah!!!! Saya berjaya terapung tanpa pegang handle tangga di speed tu.. padahal dah wearing life jacket dah. Apa yang takut sangat pun saya tak tahu.. hahahhaha…bila dah pandai tu, duk snorkeling, tak tengok dah apa ada kat atas. Tetiba saya pelik, saya swim ke depan, tapi tertarik ke belakang. Rupanya, husband saya tarik life jacket saya, sebab saya berenang tak tgk atas dan depan, memang lah, dah namanyer snorkeling, ko tengok bawahlah kan, tengok ikan, tengok coral, wat apa nak tengok atas…. Husband saya tarik saya sebab saya berenang towards speed bot. sikit lagi nak gedegang bot tu… Jadi itu lah dia, 1st experiences saya ber” snorkeling…


Gambar ketika di Bali, ada..banyak saya ambil, tapi rumah dah dipecah masuk, perompak tu ambil laptop kami berdua. Hurm… nasib baik masa tu kami tiada dirumah, balik ke kampung di Melaka. Siap pisau lagi atas katil.




1st time trip ke Bali ni, kami mengambil untuk bercuti selama 6 hari 5 malam. Kami menginap di Best Western Kuta Villa (http://www.agoda.com/en-gb/best-western-kuta-villa/)... Bilik di hotel yang kami pilih ni, ada private pool. Hurmmm… air pool tu nampak bersih, dinding pool tu pun bersih, tapi air pool tu not so much, jika anda seorang yang sensitive skin, kalau boleh jangan berendam satu badan yer… kaki je lah kot.. mungkin air di situ kot... anyway.. overall about this hotel, is great, orangnyer peramah, bersih, breakfast pun okay… kami sampai di hotel ini, pukul 1 pagi… tapi mereka masih menyabut kami dengan ramah mesra.

1 day di Bali, kami berjalan di sekitar bali.. BERJALAN okay… phew… kurus terus. Kene dera dengan husband. Tapi.. tapi ianya sangat menyeronokkan.. kenapa? Jika anda menaiki kereta sewa..  anda tidak akan menikmati permandangan dan keadaan yang sebenar Bali. Dekat-dekat jelah yang jauh guna kereta la… patah kaki nanti… Sepanjang saya berjalan di Bali, macam-macam saya nampak, “Babi guling” dijual di hampir kesemua kedai disitu. Bagai di Jakarta, masakan padang, tapi di Bali makanan popular adalah babi guling. Makan exotic disana…



Dan disana anda boleh nampak babi di bawa menaiki lori untuk dihantar ke restoran-restoran tempatan. Makanan halal tidak lah susah nak cari, disana ada juga yang islam walaupun majority disana adalah agama hindu. Masakan padang ada, so hantam saja… bila melancong, jangan cerewet sangat.. nak cari sambal belacan lah, nasi lemak lah... Makan saja apa yang ada, yang halal. Jika cerewet kebulur lah anda…



Boleh kata habis satu Kuta saya jalan… chewahh.. yer yer jer… Ketika sedang kami duduk minum menikmati minuman di Starbuck coffee, kami didatangi oleh seseorang yang menyuruh saya gores satu kad, dan suami saya gores satu kad. Bila saya gores, dan saya menang hadiah utama. So orang tu pun kol bos dia menyuruh seseorang pick up kami disitu. Masa tu tidaklah fikir perkara yang tidak baik akan jadi pada kami, kami pun ikut saja mana orang tu bawa kami. Dan akhirnya kami sampai di suatu tempat seperti office. Rupanya orang tu suruh kami invest beli resort di sekitar bali. WHAT!!! Mereka siap bawa kami tengok resort, rumah banglo…cantik, memang cantik rumah tu… jika beli rumah atau resort tu, rumah itu nanti akan disewa untuk orang yang datang melancong dan sebagainya… Huhuhu… bagaikan kami akan mem”invest” duit kami untuk syarikat mereka. Tapi kami ni, melancong untuk menenangkan fikiran. Bukan untuk invest. Rupanya sebelum kami decide untuk melayan orang tersebut, ramai lagi yang duk bagi kami kad gores-gores ni, tapi kami boh layan. Bila balik ke hotel, saya gores semua kad tu, mereka dah susun elok-elok satu menang hadiah utama, dan satu lagi menang t-shirt. Ada 6 kad kesemuanya… Sudah lah kami tak invest disitu, kami “pau” pula t-shirt free dari mereka. Dan menyuruh mereka menghantar kami ke hotel. Hahahha… sapa suruh kacau kami yang tengah nak menghilangkan stress bekerja… kamu yang kene invest akhirnya… tapi, itulah cara mereka cari makan… tak dapat orang invest, x makan lah mereka... Then orang tu patut cari orang yang mempunyai kedudukan kewangan yang utuh. Orang mat salleh ker… huhuhu..

Keesokkan harinya, kami buat temu janji dengan orang yang hantar kami balik ke hotel semalam. Haaaa… rezeki pada tu... tak dapat pada bosnya, pekerja nya dapat pun jadilah. kami decide nak hire dia untuk kami berjalan di sekitar bali. Dia menyarankan kami mengambil pakej…Jadi melalui pakej itu, 1st kami singgah di “Barong Dance”…



Di tempat “Barong Dance” ini, rasanya nak masuk kene bayar tiket. Huhuh… tak ingat berapa. 4 tahun lepas. Sedang asyik duk menghayati barong dance tu, tetiba budak perempuan yang berada di belakang saya hysteria dengan tiba-tiba, siap sepak sepak kerusi… “Apahal”!!! husband terus tarik tangan saya, pastu kata jangan tengok. Dia dah kena rasuk!!! Serius.. pada ketika some sort like “Naga” look like keluar untuk menari, kamu akan rasa bulu meremang. Saya x suka tengok, so tunduk tengok gambar-gambar yang telah saya tangkap semalam. Dance tu lebih kurang nak selesai, masa tu lah perempuan tu duk jerit-jerit hysteria. Lepas tu adalah orang duk sembur-sembur kat perempuan tu. Okay jom cabut lari…




Gunung Agung…. Waaaa… kami singgah makan tengah hari disini. Sejuk... Kami makan betul-betul menghadap ke arah gunung agung… dan makanan disini sangat mewah, dan ianya buffet. Makan sebanyak mana kamu mampu. Jangan muntah sudah. Tempat musollah juga ada disini, dan airnya… masyallah..sejuk sangat. Macam kamu celop tangan dalam ais buat air wuduk. Hahahhah…. Keras muka kejap!... Dan permandangannya yang sangat huwahhhhh…..

Banyak lagi tempat menarik yang kami singgah, diantaranya adalah…
1 – Gold and silver works – disini boleh belajar cara ukir silver. Saya sempat pau husband saya sebentuk cincin silver.. sian dia. Dah dia sibuk duk tanya nak tak? Nak tak? Nak tak? Cakap xmau! Xmau! Xmau! Dah ditanya kali keempat… haaa..hamek, bayor guna credit card dia. Sapa suwuh tanya banyak kali… ekekek…

2 -  Painting house – lukisan yang dijual disini ada yang saya lihat macam nak beli. Tapi bila fikir, nak buat apa? Nak gantung kat mana? Lagi satu x berapa faham art. Kalau orang yang faham art, dia beli lah kot. Haihhh… kalau semua manusia dalam dunia ni macam saya x berbusiness orang kat bumi ni…

3 – Luwak coffee – Haaa… saya beli 2 paket vanilla coffee kat sini. Sedap sangat. Tapi bukan kopi luwak la. Vanilla coffee tu murah je.. kopi luwak tu mahal. Jadi xmau. Disini, mereka menunjukkan cara kopi luwak terhasil. dan musang luwak tu juga dibela secara liar disitu. X kurung pun. Jadi kopi yang terhasil akan menjadi lebih berkualiti dan sedap. Agaknyerla. Saya tak rasa. Mereka ada bagi sample untuk rasa tau. Disebabkan vanilla kopi tu yang paling sedap, saya beli. Secara amnya, saya tak tahu tahap halal haram kopi luwak ni, sbb tu saya tak rasa dan beli.

4 – Rice terrace – okay permandangan disini cantik. Disini tiada apa yang menarik, Cuma permandangan Rice terrace tu sahajalah. Selainnya so so sahaja. Baju-baju disini saya x tanya harga. Sebab x berminat nak shopping. Minat nak shopping tu mai lagi. So biaq dulu.

5 – Monkey forest – hahahhaha….pisang kene rampas. Banyak kes dan gambar saya ambil kat sini. Eeeeeeee… geram saya. Gambar saya dengan monyet kat sini dah xda. Saya tak halal duit jual laptop tu. Jumpa kat akhirat yer wahai pencuri!. Okay, disini kamu boleh bagi makan monkey suka hati lah nak bagi makan pisang atau kacang berapa banyak yang kamu suka. Suka tengok monyet tu makan., monyet kat sini jinak, tapi hati-hati yer…

Keesokkan harinya kami check out dari best western dan kami check in di Sheraton Hotel Kuta. Haaa… malam-malam kat sini happening sangat. Hotel ni betul-betul di shopping mall. Nak masuk hotel, boleh masuk melalui shopping mall, dan jika bawa bag, kene bukak bag semua, sebab ada kes bom-bom sebelum ni, tu yang jika nak masuk shopping mall guard tu check satu satu. Makan kat sini senang, fast food ada, shopping mall kat bawah jer, beli Maggie or biskut kat matahari mall, jalan kaki jer...dekat je pun. Senang…. Kami disini 3 hari 2 malam. Di kuta ni, kami jalan kaki lagi, jimat. Pergi jalan-jalan di sepanjang kuta beach dan Bandar kuta. Ha… saya ada bagi souvenir pada pada hotel ni. Jarang ada pelancong nak bagi souvenir pada hotel. Saya bagi kasut saya yang dah tenganga dua-dua belah. Siyes.. bila berjalan, macam mulut buaya nak ngap ngap… hahhahah. Agaknya panas sangat. Sampai habis gam kat kasut tu. Tapi kasut tu pun dah lama. Kasut tu berjasa sangat. Kasut tu dah naik turun Gua Tempurung tau. Hebat kasut tu. Masuk gua, keluar gua, masuk air, keluar air. Paham-paham lah gua macam mana, siap kene meniarap tempat sempit-sempit tu. Kalau tak kena kena patah balik. Seram fobia semua masa tu tolak tepi. Janji keluar gua dengan selamat.

Banyak lagi tempat menarik disini, tapi trip kali ni, kami pergi hanya tempat ini dahulu. Nest time trip insyaallah pergi tempat lain pulak, sebab Bali ni banyak lagi tempat menarik… nusa dua. Macam-macam lagi lah… Dan akhirnya, berakhirlah sudah trip pertama saya ke bali… insyallah jika ada rezeki datang lagi…










No comments:

Post a Comment