YASSIN
Mengikut bijak pandai dan alim ulama
Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini
disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.
• Ayat 1 – 9: Untuk keselamatan diri.
• Ayat 9: “Waja’alna….” – melindungi
rumah kediaman dari pencuri – bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru
rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur – bacalah Ayat 9 ini dan diikuti
dengan Al-Fatihah dan 3 kul.
• Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin
– Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan
mukminat.
• Ayat 13 – 35: Mengisahkan
orang-orang yang mati syahid.
• Ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah
dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak.
• Ayat 29: “In kanat illa….” – Untuk
digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau
aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat.
Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata
buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.
• Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya
dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa
berada dihati dan diamalkan).
• Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang
lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang
adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang
Islam dll.
• Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan
amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.
• Ayat 36 – “subhanallazi..” –
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali
dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
• Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan
hati – meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
• Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan
dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 39 – Mengisahkan tentang ilmu
falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah
s.w.t. yang satu.
• Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s.
menaiki kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
• Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan
hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
• Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan
orang kafir kepada Allah s.w.t.
• Ayat 49 – Menceritakan tentang hari
akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti
dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang
tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang
Mahsyar.
• Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab
mengikut amalannya.
• Ayat 58 – “Salamun…” – Merupakan
salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala,
dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x. Jika sakit
anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang
sakit atau di hati.
• Ayat 76 – “Falayahzun..” –
Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jika hati
rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.
• Ayat 78 – 79 – dari – “Yuhyil
Wahiya…” – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi,
sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang
bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang
padahal telah hancur?”
• Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan
menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
tentang segala makhluk.”
• Ayat 82 – “Innama amruhu..” – Untuk
Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama
40 hari – boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan
tersebut sehingga 40 hari.
Caranya:
* Sembahyang Tahajjud (3x)
berturut-turut;
* Baca ayat 82 pada air 100x;
* kemudian berdoa apa sahaja hajat
yang baik-baik sahaja.
Jika mandul dan untuk mengubati
kanser atau tumbuhan dalam badan. Caranya:
• Solat tahjud
• Sembahyolat hajat
• Doa minta hajat
• Baca ayat 100 x dengan yakin
• Amalkan 41 malam
Untuk menyembuh penyakit dalam badan
• Amalan solat seperti di atas
• Bila baca ayat, tiup dalam air
• Minum 1 cawan air pada pagi hari
sebelum makan/ minum benda lain
• Doa sambil minum
• Untuk 41 pagi
Fadilat-fadilat lain adalah:
1. Sesiapa yang membacanya pada waktu
malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang
membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu,
sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak
membacanya sedikit pun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.
2. Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang
Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada
penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan
sebanyak bilangan hurufnya.
3. Barang siapa membaca Surah Yasin
setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.
4. Barang siapa membaca Surah Yasin
di waktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa
membacanya di waktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari
beikutnya.
5. Barang siapa membaca Surah Yasin
pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.
6. Apabila orang lapar membaca Surah
Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
7. Jika seseorang itu belum kahwin
maka akan dipermudahkan jodohnya.
8. Apabila seseorang yang sedang
berada di dalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan
takutnya.
9. Jika seseorang musafir membaca
surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
10. Jika seseorang yang sesat lalu
membaca surah Yasn, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.
11. Jika dibaca surah yasin kepada
orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.
Jika orang yang sedang dahaga lalu
membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.
12. Jika dibacakan surah Yasin kepada
orang yang sedang sakit, akan terhindar dirinya daripada penyakit.
13. Apabila datang ajal orang yang
suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka
berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu
memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat
Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah
nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak
merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Sesiapa bersembahyang sunat dua
rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah
Tabaroka pada rakaat kedua, Allah jadikan setiap setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
15. Baca Yasin sebelum tidur, seperti
khatam Quran (10x)
16. Jika baca Yasin sebelum tidur
serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
17. Dibaca ketika orang sakit, sedang
nazak atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama pada ayat 12)
agar orang yang sedang sakit berada dalam ketenangan dan kepada orang yang
masih hidup mendapat keinsafan bahawa kita akan menyusul pada bila-bila masa.
Surah Yassin juga elok dibaca:
- Selepas sembahyang subuh
- 3 pagi Jumaat berturut-turut
- Ayat 1 – Yassin baca 7x
- Ayat 38 – 12x
- Ayat 58 – 7x
- Ayat 82 – 14x
- Habis, diulang semula step 3 hingga
6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
- Habis baca surah Yassin, baca Al-
Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
- Perlu yakin, insya-Allah dengan
berkat Allah ianya termakbul.
Dalam YASSIN merangkum:
• Ilmu Pertanian
• Ilmu Falak
• Ilmu Laut
• Ilmu Kiamat
• Ilmu Ciptaan Manusia
• Ilmu Binatang
• Ilmu Kenabian
Semoga panduan diatas dapat memberi manfaat kepada semua...amin.
No comments:
Post a Comment