Wednesday, 25 November 2015

MALDIVES


Maldives pada dasarnya adalah sebuah negara pulau dan kepulauan di Lautan Hindi. Ianya terletak di barat daya India dan Sri Lanka di Laut Laccadive. Terdapat 26 rantaian kepulauan yang bermula dari Ihavandhippolhu Atoll ke Atol Addu. Ibu negara dan bandar terbesar Maldives adalah Malé, yang secara tradisinya dikenali sebagai "Pulau Raja".

 

Maldives adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jadi bagi pelancong yang beragama islam yang mahu melancong ke Maldives, anda tidak perlu risau tentang makanan, kerana pastinya terdapat restoran yang menyajikan makanan yang halal.

Secara kasarnya, terdapat sebanyak 314 buah hotel dan resort di kepulauan Maldives, iaitu sebanyak 74 yang terdapat di Atol Male Selatan, 50 di Atol Male Utara, dan 42 di Alifu Alifu Atol. Bagi yang menginginkan percutian yang unik dan mewah, anda bolehlah menempah bilik hotel 5 bintang yang menyediakan anda bilik yang tidak ubah seperti percutian ala “superstar”.

Tips…..

Tetapi tidak semua hotel dan resort yang terdapat di kepulauan Maldives ini adalah mahal, kerana masih terdapat banyak lagi resort yang masih merangkumi di dalam budget percutian anda.  Tetapi, anda perlu merancang percutian anda supaya budget anda tidak lari teralu jauh oleh kerana terburu-buru untuk menempah hotel, tiket kapal terbang dan sebagainya. Anda perlu merancang supaya percutian anda berbaloi. Pada saat anda ingin untuk pergi bercuti, anda harus rajin untuk menyemak harga tiket kapal terbang dan hotel yang menawarkan diskaun. Membuat perbandingan harga dan apabila anda berpuas hati dengan jumlah kos keseluruhannya, anda bolehlah menikmati percutian anda tanpa perlu risau akan kos yang berlebihan.

Tempat yang anda harus kunjungi sewaktu anda di Maldives….
1-      Utheemu Ganduvaru
 
 
Tempat ini adalah kediaman bersejarah Sultan Mohamed Thankurufaan. Tempat ini terletak di Utheemu yang merupakan pulau di utara Maldives. Mohamed Thankurufaan dianggap sebagai salah seorang wira Maldives dan memperoleh penghormatan tertinggi dari Maldives diatas tindakan berani beliau untuk menyelamatkan dan mempertahankan Maldives dari penaklukan Portugis.

 

 
2-      Biyadhoo Island Resort
 
 
Resort ini adalah sebuah resort yang aman dan dianggap sebagai salah satu rumah-rumah terumbu terbaik di Maldives PADI Dive Center. Pulau ini menawarkan pelbagai aktiviti sukan air, diantaranya adalah menyelam, snorkeling dan lain-lain lagi. Terdapat lebih daripada 35 tempat menyelam yang terdapat di kawasan tersebut, dan anda boleh menyelam dengan cara yang berbeza bergantung kepada keadaan cuaca dan arus. Sama ada anda ingin melakukan pengembaraan air atau hanya mencari tempat untuk berehat dengan damai dan tenang, Pulau Biyadhoo akan menjadi tempat terbaik untuk anda. Dengan bilik penginapan yang besar, makan dan kemudahan yang lain, ia pasti akan berbaloi untuk meletakkan Pulau Biyadhoo dalam senarai tempat melawat anda.
 
 
3-      Hukuru Miskiiy (Old Friday Mosque)
 
 
Ia merupakan masjid tertua di pulau ini. Masjid ini diukir dengan pelbagai jenis corak dan skrip bahasa Arab yang begitu mengagumkan. Ia juga merupakan makan bagi sultan, wira dan juga bangsawan Maldives. Bagi pelancong muslim, jangan ketinggalan untuk menikmati keunikan masjid ini.
 
4-      Muzium Negara
 
 
Muzium ini menempatkan pelbagai jenis artifak sejarah yang mencerminkan sejarah negara ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai artifak Maldives dan cerita di sebalik setiap artifak, tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.
 
 
5-      HP Reef
 
 
Reef HP merupakan salah satu tempat menyelam terbaik di mana anda boleh meneroka pelbagai jenis pembentukan terumbu karang yang hebat dan pelbagai ikan yang berwarna-warni. Ia merupakan kawasan perlindungan marin yang terletak di North Male Atoll. Tempat ini adalah tepat yang sesuai untuk anda jika anda merupakan seorang yang sukakan kehidupan laut. Kecantikan dan keunikan kehidupan laut yang begitu mempersonakan.
 
 
6- Manta Point
 
Manta Point merupakan kawasan menyelam di mana anda boleh melihat sejumlah besar ikan pari kola diberi makan dan dibersihkan oleh wrasses. Ikan Pari kola ini akan berenang membentuk bulatan di batu-batu karang sambil menunggu giliran untuk dibersihkan. Setelah dibersihkan, mereka kemudiannya akan berenang di atas air cetek untuk mencari plankton. Sama ada anda penyelam berpengalaman atau yang masih baru, anda pasti akan menikmati ini pengalaman menyelam yang unik dan menarik ini.
 
 
7- Alimatha Island
 
 
Terletak di Atol Vaavu di sebelah timur Maldives. Pulau Alimatha merupakan destinasi pelancongan yang lengkap di Maldives, kerana ia menawarkan acara menyelam bertaraf dunia, snorkeling akuarium-like serta pusat yang lengkap dengan kemudahan yang hebat. Pulau ini mempunyai tumbuh-tumbuhan hijau yang dikelilingi oleh pantai dan banyak lagi tempat menarik dan menakjubkan yang terdapat di pulau ini.
 
 
8- Sun Island Resort and Spa
 
 
Sun Island Resort dan Spa ini terletak di selatan Ari Atoll. Bunga eksotik tropika, tumbuh-tumbuhan yang menghijau indah, dan lagun yang menakjubkan pasti akan menambat hati anda. Ia merupakan pusat peranginan paling mewah di Maldives dengan Villa hotel yang menawarkan keselesaan moden dengan kemudahan yang terbaik. Bungalows di Sun Island Resort & Spa pula menawarkan salah satu pengalaman penginapan terbaik di dunia.
 
 
9- Bluetribe Moofushi
 
 
Tempat ini terkenal kerana ia merupakan lawatan yang menakjubkan, kerana anda boleh menyaksikan dan berenang bersama jerung paus, pari kola dan pelbagai spesis ikan dari tepi pantai sahaja. Sama ada anda mahu menikmati pelayaran yang romantis atau hanya ingin mengetahui tentang kehidupan laut atau tradisi Maldives, percutian anda pasti akan memberikan anda percutian yang tidak dapat anda lupakan sepanjang hayat.
 
 
 
10- Male Fish Market
 
 
Fish market ini adalah 10 terbesar di dunia. Pelbagai spesis dan saiz ikan anda boleh lihat disini. Malah spesis ikan yang jarang anda lihat atau tidak pernah anda ketahui langsung, juga ada disini.
 
 
11- Male Local Marke
Anda boleh menikmati keenakkan buah-buahan tempatan yang terdapat di pasar ini. Mungkin ada buah-buahan tempatan mereka berlainan rasa dan bentuk dari buahan tempatan kita.
 
 



Matahari terbenam di Maldives
 
 
 


 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment