Bagi mereka yang masih menunggu untuk mendapatkan cahaya mata, pasti pelbagai cara akan terlintas di fikiran. Bagaimanakan reaksi aku jika aku mengandung? Bagaimanakan reaksi suamiku jika aku mengandung? Bagaimanakan caranya untuk aku beritahu suami ku jika aku mengandung? Bagaimana harusku hebahkan kepada keluargaku?
Pelbagai cara sudah aku bayangkan. Jika ianya pada hari bekerja, aku bayangkan yang aku akan 'surprise' kan dia pada lunch time, buat2 untuk makan lunch bersama, dan surprise dia pada ketika itu, hurm... terbayang-bayang reaksi aku dan dia pada ketika itu. Tapi semuanya itu pasti akan berbeza pada hari engkau betul-betul disahkan mengandung...
Tapi apa-apa pun semua Allah yang tentukan... bagi yang masih belum mendapat cahaya mata, bersabarlah. Kerana sabar menyebabkan ianya terlalu istimewa.
No comments:
Post a Comment