Tuesday 29 December 2015

When Im Pregnant!


Bagi mereka yang masih menunggu untuk mendapatkan cahaya mata, pasti pelbagai cara akan terlintas di fikiran. Bagaimanakan reaksi aku jika aku mengandung? Bagaimanakan reaksi suamiku jika aku mengandung? Bagaimanakan caranya untuk aku beritahu suami ku jika aku mengandung? Bagaimana harusku hebahkan kepada keluargaku?

Pelbagai cara sudah aku bayangkan. Jika ianya pada hari bekerja, aku bayangkan yang aku akan 'surprise' kan dia pada lunch time, buat2 untuk makan lunch bersama, dan surprise dia pada ketika itu, hurm... terbayang-bayang reaksi aku dan dia pada ketika itu. Tapi semuanya itu pasti akan berbeza pada hari engkau betul-betul disahkan mengandung...


Tapi apa-apa pun semua Allah yang tentukan... bagi yang masih belum mendapat cahaya mata, bersabarlah. Kerana sabar menyebabkan ianya terlalu istimewa.








Wednesday 9 December 2015

Monday 30 November 2015

Daging Masak Merah Ala Thai


Gunung Jerai






Gunung Jerai ini juga dikenali dengan nama Puncak Kedah dan ianya terletak di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya gunung ini pula adalah setinggi 2,107 meter.

Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah olehSang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Gunung Jerai, Kedah boleh saya katakan gunung jerai adalah pilihan terbaik, kerana lokasi dan suasananya yang cukup tenang dan berkabus dengan kos percutian yang agak rendah. Ia adalah salah satu destinasi perlancongan terbaik dan amat menarik di utara tanah air yang kita tidak ssedari. Okay, seperti kedinginan di Cameron Highlands dan Genting Highlands, suhu di Gunung Jerai ini pernah mencatatkan suhu serendah 17' Celsius, hurmm sejuk tu.. Oleh itu, ini akan membuatkan percutian keluarga memang berbaloi bagi yang mencari kedamaian dan ingin melihat keindahan alam.

Untuk bermalam di sini pula, terdapat sebuah hotel yang dikendalikan oleh The Regency Jerai Hill Resort yang menyediakan 75 bilik perbagai saiz dan harga yang diindahkan dengan dekorasi tersendiri, gabungan chalet diluar dan dalamannya umpama hotel mewah.

Ketika mula menjejak kaki selepas menyelusuri laluan berliku-liku sejauh 12 kilometer mendaki lereng gunung selama 30 minit, saya melihat bangunan utamanya seperti sebuah bangunan kolonial British lama yang telah diubahsuai membuatkan hati tidak sabar untuk menjengah ke  The Regency Jerai Hill Resort.

The Regency Jerai Hill Resort menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pengunjungnya ketika bercuti di Gunung Jerai. Antaranya pakej bilik istimewa berkonsepkan percutian keluarga serta kemudahan aktiviti luar seperti tempat BBQ dan taman permainan yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. Mereka juga menawarkan pelbagai aktiviti luar seperti abseiling, jungle trekking dan pakej team building serta kemudahan bilik seminar yang menjadi tarikan kepada jabatan kerajaan dan agensi swasta. Bagi pecinta flora dan fauna, kesempatan ini sewajarnya digunakan ketika meneroka Gunung Jerai dan terdapat hampir 500 gua.


Sempena musin cuti sekolah ini, jadikan Gunung Jerai sebagai salah satu destinasi percutian anda. 

The Regency

The Regency


The Regency



 

Kelebihan Surah Yassin

YASSIN



Mengikut bijak pandai dan alim ulama Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.

• Ayat 1 – 9: Untuk keselamatan diri.
• Ayat 9: “Waja’alna….” – melindungi rumah kediaman dari pencuri – bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi     perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur – bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul.
• Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
• Ayat 13 – 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
• Ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak.
• Ayat 29: “In kanat illa….” – Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.
• Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan).
• Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.
• Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.
• Ayat 36 – “subhanallazi..” – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
• Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
• Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 39 – Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
• Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
• Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
• Ayat 49 – Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
• Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
• Ayat 58 – “Salamun…” – Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x. Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.
• Ayat 76 – “Falayahzun..” – Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.
• Ayat 78 – 79 – dari – “Yuhyil Wahiya…” – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
• Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
• Ayat 82 – “Innama amruhu..” – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari – boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari.

Caranya:
* Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut;
* Baca ayat 82 pada air 100x;
* kemudian berdoa apa sahaja hajat yang baik-baik sahaja.
Jika mandul dan untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan. Caranya:
• Solat tahjud
• Sembahyolat hajat
• Doa minta hajat
• Baca ayat 100 x dengan yakin
• Amalkan 41 malam

Untuk menyembuh penyakit dalam badan
• Amalan solat seperti di atas
• Bila baca ayat, tiup dalam air
• Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/ minum benda lain
• Doa sambil minum
• Untuk 41 pagi

Fadilat-fadilat lain adalah:
1. Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu, sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikit pun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.
2. Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.
3. Barang siapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.
4. Barang siapa membaca Surah Yasin di waktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya di waktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.
5. Barang siapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.
6. Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
7. Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.
8. Apabila seseorang yang sedang berada di dalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.
9. Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
10. Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasn, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.
11. Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.
Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.
12. Jika dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang sakit, akan terhindar dirinya daripada penyakit.
13. Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, Allah jadikan setiap setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
15. Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
16. Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
17. Dibaca ketika orang sakit, sedang nazak atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama pada ayat 12) agar orang yang sedang sakit berada dalam ketenangan dan kepada orang yang masih hidup mendapat keinsafan bahawa kita akan menyusul pada bila-bila masa.

Surah Yassin juga elok dibaca:
- Selepas sembahyang subuh
- 3 pagi Jumaat berturut-turut
- Ayat 1 – Yassin baca 7x
- Ayat 38 – 12x
- Ayat 58 – 7x
- Ayat 82 – 14x
- Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
- Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
- Perlu yakin, insya-Allah dengan berkat Allah ianya termakbul.

Dalam YASSIN merangkum:
• Ilmu Pertanian
• Ilmu Falak
• Ilmu Laut
• Ilmu Kiamat
• Ilmu Ciptaan Manusia
• Ilmu Binatang
• Ilmu Kenabian


 Semoga panduan diatas dapat memberi manfaat kepada semua...amin.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58





Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Wednesday 25 November 2015

Banana Caramel Icecream

 PISANG KARAMEL Dengan AISKRIM


Hurm....nyum, nyum.....

Manjakan diri sebentar dengan menjamu juadah ini... hah! lepas tu makan salad jer sebagai dinner... Dah.... kalau x makan salad tu, layu plak... terpaksa gak la makan habiskan salad tu... banyak jugakla...

Okay resepi Banana sampan karamel nih...

1- Letak pisang dalam pan... cam gambar kat bawah ni...



2- Bila warna pisang tu dah brownish sikit, angkat, letak dalam piring cam ni haaa....



3- Pastu letak aiskrim... sukahati nak letak aiskrim apa... vanila lagi best. pastu tabur coklat rise dan coklat hershey syrup... cam dalam gambar tu...



4- Pastu, bukak mulut, ngap ngap.... kejap jer... org lain tak merasa... 


Sebelum tu dah melantak pisang goreng, pastu cekodok pisang, ni pisang lagi... mana la dinner aku hanya salad sahaja... 


Salad......(xda gambar)

1- Amek jer mana-mana jenis salad yang kamu suka...
2- Salad dressing (cincai ajer, asal sedap)
     - Thousand island
     - olive oil
     - black paper.
3- Tabur, tabur, tabur.... 
4- Ngap ngap ngap....







MALDIVES

 

Maldives basically is an island country and archipelago in the Indian Ocean. It lies southwest of India and Sri Lanka in the Laccadive Sea. The chain of twenty six atolls stretches from Ihavandhippolhu Atoll to the Addu Atoll. The capital and largest city is Malé, traditionally called as the "King's Island".
 
 

Historically linked with the Indian subcontinent, Maldives is a Muslim-majority country. So for muslim traveler, no needs for you to worry about food, because sure there will be a muslim restaurant that will prepared a Halal food for you.

The island offers deep blue seas with great reefs, white sandy beaches, and diverse vegetation. It is basically a paradise, where people can spend long days to just unwind and relax. It is a great spot for diving, snorkeling or just exploring the waters with thousands of different fish swimming around the corals. These shores are always open to anyone, as it provides a tranquil haven for visitors. Here is a rundown of the best attractions and places to visit in the Maldives

There are over 314 hotel and resort in Maldives that can be divided into 3 section, which is 74 in Atol Male south, 50 Atol Male North and 42 at the Alifu Alifu Atol. You can simply choose which hotel that you desire to stay and within your budget limit.  

Places to visit in Maldives;

Utheemu Ganduvaru
It is a historical residence where Sultan Mohamed Thankurufaan lived. This historical site is located in Utheemu, which is an inhabited island in the north of Maldives. Mohamed Thankurufaan is considered one of the heroes of the Maldives, and earned high respects from the Maldivians for his heroic actions and for saving his people from the Portuguese conquerors.

 

Biyadhoo Island Resort

One of the calm beaches of the Maldives, the Biyadhoo Island Resort. It is a peaceful resort and considered one of the best reef houses in the Maldives PADI Dive Center. The island offers a variety of water sports from diving, snorkeling and many others. There are more than 35 diving spots available in the area, and you can dive in different ways depending on weather conditions and currents. Whether you are craving for water adventure or are simply looking for a place to relax where you could rest in calm and serenity, Biyadhoo Island would be the place for you. With great accommodation, dining and facilities, it would sure be worth it to put Biyadhoo Island on your itinerary.

 

Hukuru Miskiiy (Old Friday Mosque)

It is the oldest mosque that can be found on the island. The interior of the mosque is superb, and its coral stone walls with carvings of different kinds of patterns and Arabic scripts is truly remarkable. It also houses tombs that have been erected for the memory of sultans, heroes and nobles. The calm and quiet place would be great for people to discover the Islamic culture the Maldivians follow.

 

National Museum

Located at Male, the number seven spot is the National Musuem of Maldives. The building houses a lot of different kinds of historical artifacts that reflect the history of the country. The original museum was the old 3-story museum that is the only remaining part of the Maldivian Royal Palace. The new museum is built and designed by the Chinese Government, and is where eventually the artifacts from the old museum would move to. It was declared as the official National Museum on July 26, 2010. If you want to know more about Maldivian artifacts and the rich story behind each, this is the perfect place to go.

 

HP Reef

Let us go back to the amazing waters and reefs of the Maldives. If you are looking for diving sites, in the number 6 spot is the HP Reef, which is one of the best diving sites where you can explore different kinds of superb coral reef formations and colorful fish underwater. It is a marine protected area located at the North Male Atoll. If you are looking for a close encounter with numerous marine life beneath the deep blue sea, this place is for you.

 

Manta Point

Manta Point is a diving area where you can enjoy seeing large numbers of manta rays being fed and cleaned by wrasses. Manta rays circle several large coral rocks, and wait their turn to be cleaned. After being cleaned, they swim gracefully to the reef feeding on shallow water where you can find plankton. Whether you are an experienced diver or a novice one, you will surely enjoy this unique and exciting diving experience that Manta Point offers.

 

Alimatha Island

Located at the Vaavu Atoll on the eastern side of the Maldives. It is a complete Maldivian destination for tourists, as it offers world-class diving, aquarium-like snorkeling as well as a central beach complete with great facilities. The island itself has rich green vegetation surrounded by beaches and many stunning sites. With many more things to discover throughout the island, it happily describes itself as a place with a 5-star atmosphere.

 

Sun Island Resort and Spa

Located on South Ari Atoll. Its exotic tropical flowers, beautiful greenery, and the stunning lagoons would capture your heart. It is considered the most luxurious resort in the Maldives with Villa Hotels that offers modern comfort with great facilities. Choose from different beach and water bungalows. Offering a truly unique approach to island living, these Bungalows on Sun Island Resort and Spa offer one of the world’s best lodging experiences.

 

Bluetribe Moofushi

Since the highlights of the Maldives are its great waters and marine life, the Bluetribe Moofushi diving center offers the best experience in terms of water sports activities such as windsurfing, diving, snorkeling, kayaking, riding on catamarans/pedal boats, and many more activities. Moofushi is also known for the excursions that it offers, where you can spot whale sharks, manta rays and a lot of fish from the shore. Whether you want to enjoy a romantic cruise or just want to discover traditional Maldivian marine life and enjoy great memories within your stay in the Maldives, it will definitely give you that unforgettable vacation of a lifetime.

 

Male Fish Market

One of the 10 biggest fish market in the world. You can enjoy to see many types of fish species and amount of fish that they caught to sold for the local market.

 

Male Local Market

Enjoy a local fruit from this local market.
 




 
 
 

 

 

 


MALDIVES


Maldives pada dasarnya adalah sebuah negara pulau dan kepulauan di Lautan Hindi. Ianya terletak di barat daya India dan Sri Lanka di Laut Laccadive. Terdapat 26 rantaian kepulauan yang bermula dari Ihavandhippolhu Atoll ke Atol Addu. Ibu negara dan bandar terbesar Maldives adalah Malé, yang secara tradisinya dikenali sebagai "Pulau Raja".

 

Maldives adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jadi bagi pelancong yang beragama islam yang mahu melancong ke Maldives, anda tidak perlu risau tentang makanan, kerana pastinya terdapat restoran yang menyajikan makanan yang halal.

Secara kasarnya, terdapat sebanyak 314 buah hotel dan resort di kepulauan Maldives, iaitu sebanyak 74 yang terdapat di Atol Male Selatan, 50 di Atol Male Utara, dan 42 di Alifu Alifu Atol. Bagi yang menginginkan percutian yang unik dan mewah, anda bolehlah menempah bilik hotel 5 bintang yang menyediakan anda bilik yang tidak ubah seperti percutian ala “superstar”.

Tips…..

Tetapi tidak semua hotel dan resort yang terdapat di kepulauan Maldives ini adalah mahal, kerana masih terdapat banyak lagi resort yang masih merangkumi di dalam budget percutian anda.  Tetapi, anda perlu merancang percutian anda supaya budget anda tidak lari teralu jauh oleh kerana terburu-buru untuk menempah hotel, tiket kapal terbang dan sebagainya. Anda perlu merancang supaya percutian anda berbaloi. Pada saat anda ingin untuk pergi bercuti, anda harus rajin untuk menyemak harga tiket kapal terbang dan hotel yang menawarkan diskaun. Membuat perbandingan harga dan apabila anda berpuas hati dengan jumlah kos keseluruhannya, anda bolehlah menikmati percutian anda tanpa perlu risau akan kos yang berlebihan.

Tempat yang anda harus kunjungi sewaktu anda di Maldives….
1-      Utheemu Ganduvaru
 
 
Tempat ini adalah kediaman bersejarah Sultan Mohamed Thankurufaan. Tempat ini terletak di Utheemu yang merupakan pulau di utara Maldives. Mohamed Thankurufaan dianggap sebagai salah seorang wira Maldives dan memperoleh penghormatan tertinggi dari Maldives diatas tindakan berani beliau untuk menyelamatkan dan mempertahankan Maldives dari penaklukan Portugis.

 

 
2-      Biyadhoo Island Resort
 
 
Resort ini adalah sebuah resort yang aman dan dianggap sebagai salah satu rumah-rumah terumbu terbaik di Maldives PADI Dive Center. Pulau ini menawarkan pelbagai aktiviti sukan air, diantaranya adalah menyelam, snorkeling dan lain-lain lagi. Terdapat lebih daripada 35 tempat menyelam yang terdapat di kawasan tersebut, dan anda boleh menyelam dengan cara yang berbeza bergantung kepada keadaan cuaca dan arus. Sama ada anda ingin melakukan pengembaraan air atau hanya mencari tempat untuk berehat dengan damai dan tenang, Pulau Biyadhoo akan menjadi tempat terbaik untuk anda. Dengan bilik penginapan yang besar, makan dan kemudahan yang lain, ia pasti akan berbaloi untuk meletakkan Pulau Biyadhoo dalam senarai tempat melawat anda.
 
 
3-      Hukuru Miskiiy (Old Friday Mosque)
 
 
Ia merupakan masjid tertua di pulau ini. Masjid ini diukir dengan pelbagai jenis corak dan skrip bahasa Arab yang begitu mengagumkan. Ia juga merupakan makan bagi sultan, wira dan juga bangsawan Maldives. Bagi pelancong muslim, jangan ketinggalan untuk menikmati keunikan masjid ini.
 
4-      Muzium Negara
 
 
Muzium ini menempatkan pelbagai jenis artifak sejarah yang mencerminkan sejarah negara ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai artifak Maldives dan cerita di sebalik setiap artifak, tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.
 
 
5-      HP Reef
 
 
Reef HP merupakan salah satu tempat menyelam terbaik di mana anda boleh meneroka pelbagai jenis pembentukan terumbu karang yang hebat dan pelbagai ikan yang berwarna-warni. Ia merupakan kawasan perlindungan marin yang terletak di North Male Atoll. Tempat ini adalah tepat yang sesuai untuk anda jika anda merupakan seorang yang sukakan kehidupan laut. Kecantikan dan keunikan kehidupan laut yang begitu mempersonakan.
 
 
6- Manta Point
 
Manta Point merupakan kawasan menyelam di mana anda boleh melihat sejumlah besar ikan pari kola diberi makan dan dibersihkan oleh wrasses. Ikan Pari kola ini akan berenang membentuk bulatan di batu-batu karang sambil menunggu giliran untuk dibersihkan. Setelah dibersihkan, mereka kemudiannya akan berenang di atas air cetek untuk mencari plankton. Sama ada anda penyelam berpengalaman atau yang masih baru, anda pasti akan menikmati ini pengalaman menyelam yang unik dan menarik ini.
 
 
7- Alimatha Island
 
 
Terletak di Atol Vaavu di sebelah timur Maldives. Pulau Alimatha merupakan destinasi pelancongan yang lengkap di Maldives, kerana ia menawarkan acara menyelam bertaraf dunia, snorkeling akuarium-like serta pusat yang lengkap dengan kemudahan yang hebat. Pulau ini mempunyai tumbuh-tumbuhan hijau yang dikelilingi oleh pantai dan banyak lagi tempat menarik dan menakjubkan yang terdapat di pulau ini.
 
 
8- Sun Island Resort and Spa
 
 
Sun Island Resort dan Spa ini terletak di selatan Ari Atoll. Bunga eksotik tropika, tumbuh-tumbuhan yang menghijau indah, dan lagun yang menakjubkan pasti akan menambat hati anda. Ia merupakan pusat peranginan paling mewah di Maldives dengan Villa hotel yang menawarkan keselesaan moden dengan kemudahan yang terbaik. Bungalows di Sun Island Resort & Spa pula menawarkan salah satu pengalaman penginapan terbaik di dunia.
 
 
9- Bluetribe Moofushi
 
 
Tempat ini terkenal kerana ia merupakan lawatan yang menakjubkan, kerana anda boleh menyaksikan dan berenang bersama jerung paus, pari kola dan pelbagai spesis ikan dari tepi pantai sahaja. Sama ada anda mahu menikmati pelayaran yang romantis atau hanya ingin mengetahui tentang kehidupan laut atau tradisi Maldives, percutian anda pasti akan memberikan anda percutian yang tidak dapat anda lupakan sepanjang hayat.
 
 
 
10- Male Fish Market
 
 
Fish market ini adalah 10 terbesar di dunia. Pelbagai spesis dan saiz ikan anda boleh lihat disini. Malah spesis ikan yang jarang anda lihat atau tidak pernah anda ketahui langsung, juga ada disini.
 
 
11- Male Local Marke
Anda boleh menikmati keenakkan buah-buahan tempatan yang terdapat di pasar ini. Mungkin ada buah-buahan tempatan mereka berlainan rasa dan bentuk dari buahan tempatan kita.
 
 



Matahari terbenam di Maldives