KRABI, Thailand |
Krabi trip.....!!!! Fisrt time saya jejak kaki kat Krabi nih. Tapi bukan 1st time kat thailand ya. Dulu la, masa tu saya kecik lagi, silap-silap budak hingusan lagi. Tapi dulu hanya pergi sempadan thailand sahaja... yang ada jual periuk belanga, tilam lah, macam-macam lah. Anyway, 1st trip ni, saya pergi dengan Mak dan Ayah mertua plus kakak ipar yang diikuti dua askar wataniah.... hehehehe... Plan hanya nak berdating berdua-dua dengan husband, tapi selepas kes pergi Bali tahun lepas, mak mertua cakap... "U pergi Bali x cakap...." berhuhuhu saya kat situ.. Saya pun buka lah mulut... "bang..ajak la mak abang.. nanti ayang ajak mama ayang..". Jadi selepas kes ajak mengajak nih... hanya belah mertua sahaja yang setuju pergi, sebab ayah saya seorang businessman yang sibuk 24 jam, and my mom seorang isteri yang setia. If husband xda, xyah nak gatal sangat ikut orang. Nanti laki aku nk makan apa... ekekekekek.... Okay... hari yang ditunggu-tunggu tiba...
Tengah tunggu nak me"loading"kan diri dalam flight.... Mas Airline...
Perjalanan okay. Tiada yang luar biasa. Di Krabi airport, seperti yang diwar-warkan oleh kebanyakkan pelancong yang telah melancong ke Krabi, Airport Krabi "Lembab". Betul lah tu. Serius...x tipu punya. Boleh bayangkan, I bring my mother and father in law. Mereka ni dah la warga tua.. nk tunggu immegresennyer masyaallah.. lama sangat. after 1 and 1/2 hours later then baru settle everything... hahahhaha... kita orang punya bag yang tunggu, instead org yang tunggu bag like always happen kat Malaysia Airport and any other airport....
Kami menginap di Sheraton Hotel Krabi, Klong Moung Beach... sangat-sangat cantik, selesa, dan ianya agak private berbanding Aonang yang padat dan setiasa ramai orang... atau anda boleh saksikan sendiri keunikan dan kecantikan hotel ini di http://www.starwoodhotels.com/.... breakfast kat hotel ni.. just like u are the king of thailand... eat all u can eat. Nyam..nyam..nyam.... eh kalau malam malas nak keluar makan, anyway mahal pun yer kat hotel ni.. tapau jer breakfast tu, banyak, dan pastry dia sangat-sangat sedap... hahahha... sumpah tak sopan lansung perangai. Tapi saya x buat eh, saya akan buat jika ada askar ikut bederet.. Tapi sebab belum ada pengikutnya so xda la saya buruk lantak... (insyallah rezeki Allah dimana-mana, esok saya pregnant, YAKIN!!!)
Cantik kannn.....
Banyak aktiviti yang anda boleh buat semasa anda di Karbi. Tapi trip kami yang pertama ini, kami memilih untuk slow-slow jer, sebab ada warga tua dan kids... so aktiviti yang pertama, kayak & dinner kt pulau. Serius best. Sebab 1st time berkayak. Tapi pada masa yang sama takut sbb saya x pandai berenang... macam-macam fikir masa berkayak tu. Padahal bukan saya yang mendayung kayak tuh.. sebab saya sibuk bergambar.... Untuk aktiviti ini, sesiapa yang tidak pandai berkayak, tidak perlu risau, kerana ada orang yang akan dayung untuk kita. Tapi kena bayar lah. Jika ambil pakej untuk ada "guide". kami pergi dari sebuah pulau ke pu;au yang lain, tengok muara, macam-macam lah. Dan akhir sekali singgah di pulau apa tah. Dah lupa, tapi view kat pulau tu sangat cantik. Di pulau ini lah dinner kami. Tapi trip ni sebelah petang, so kat hotel siap-siap solat jamak zuhur asar. Isyak boleh jamak dengan maghrib selepas balik hotel nanti.
Batuan berwarna... |
warna batu ni semula jadi tau. saya tak cat yer batu tu... hehe |
Batu-batuan disini seperti diukir manusia, walhal sebenarnya tidak. Batu ni jadi seperti ini disebabkan air laut, angin dan pasir. Ianya secara semulajadi...
Esoknya, 4 island tour trip. Rugi sangat jika anda pergi ke krabi, tapi x buat 4 island trip ni. Sebab pulau-pulaunya sangat cantik. Trip ni nanti akan singgah di Monkey island. Tapi orang tu singgah jauh jelah, monkey tu kalau guna camera, zoom bagi nampak... hehehe.. Sebab orang tu cakap, monkey tu berenang lagi laju dari manusia, hahhaah... dan monkey disitu liar, garang dan ganas. Sapa dekat habis, terus berenang ke James Bond Island. Trip ni nanti akan singgah makan di Phi Phi Island. Makan tu dah siap dalam pakej. X leh pilih makan. Makan jer... asal kenyang.
Tapi saya ada kes yang memalukan semasa saya join trip ni. hahahah... Biarlah rahsia. serius malu beb...
Okay bab shopping kat Krabi, Anda kena pandai cari kedai. Kalau pandai cari, dapatlah harga murah, dan barang pun berkualiti. Walaupun nak buat oley-oley kat family, kenelah pilih yang berkualiti. Hati kene ikhlas bai... heheheh...
Okeh... nak balik dahhh....
Kami x balik guna Airasia, gambar airsia tu gimik sahaja..
Keperluan barang lain yang perlu dibawa... plug pin mata 2, insect repellent, jika x bawa beli saja di Apotek (farmasi) di bandar Aonang. Disarankan anda membawa sendiri ubat-ubatan dari malaysia, kerana takut anda tidak serasi dengan ubat disini, dan map, jika anda memilih untuk bergerak secara sendiri....
Anda boleh layari website ini atau mana-mana website, jika mahu tahu lebih lanjut tentang krabi http://www.krabi-hotels.com/seedo/top10-krabi-attractions.htm#
Sekian saja untuk kali ini.... bagi sesiapa yang ingin melancong ke Krabi, saya harap maklumat diatas membantu...
No comments:
Post a Comment